Kerikil kecil itulah gergasi sebenarnya!



 PROGRAM MOTIVASI ASPIRASI KEJAYAAN DAN PELAPORAN SPM 2022


28 Disember 2022.


"..kerikil-kerikil kecil itulah gergasi sebenarnya!"


Menyantuni kehadiran Tuan Saruchi Sawal  ke SMK Seri Bera sempena Program Motivasi Aspirasi Kejayaan bersama ibu bapa dan calon SPM 2022.


Terima kasih atas titipan perkongsian pengalaman dan ibrah kehidupan bersama kami.


Moga dapat kami manfaatkan sebaiknya.


Mengenali tokoh bahasa ini sejak usia belasan tahun, ketika mewakili sekolah dan daerah Temerloh dalam acara-acara bahasa Melayu.


Nama dan perwatakan yang diingati selalu kerana kewibawaannya.


2020 beliau sendiri yang menghubungi saya memaklumkan saya antara pemenang Pertandingan Penulisan Karya Kreatif Hari Guru anjuran JPN Pahang.


 Lalu selepas berbelas tahun tidak bersua, kami dapat bertemu mata di Auditorium JPN Pahang semasa majlis penyampaian hadiah.


Sosok yang sama, aura yang sama dan karisma yang tidak sedikitpun berkurang.


Bersua lagi ketika beliau menyampaikan slot motivasi semasa Seminar Guru Pewaris Negara Pahang. 


Kehadiran beliau ke Seri Bera tentulah dinanti.


Alhamdulillah. 

Seperti selalunya, tiap bicara beliau tersusun indah, memberi semangat dan inspirasi.


Banyak nasihat yang sempat beliau titipkan buat saya. Jadi panduan dan pembakar semangat.


Terima kasih tuan!

Previous Post Next Post