KUNING PUTIH AL JUMLAH
SINOPSIS:
Pembinaan
ayat merupakan satu elemen penting dalam pembelajaran bahasa. Murid yang boleh
menguasai kemahiran membina ayat dapat meningkatkan kemahiran bertutur dan
menulis mereka. Sebagai guru bahasa Arab, saya mendapati murid menghadapi
masalah dalam membina ayat dengan kaedah yang betul. Pembinaan Al Jumlah Al
Ismiyyah ( ayat yang teridiri daripada subjek dan predikat) tidak dapat
dibina dengan kaedah yang betul kerana murid masih lagi keliru dengan beberapa perkara,
antaranya penggunaan ( ال ) pada
subjek dan predikat , penentuan jantina
( (مذكر
ومؤنث ,
serta jenis-jenis predikat yang boleh digunakan bagi melengkapkan subjek.
Kaedah KUNING PUTIH AL JUMLAH kemudiannya diperkenalkan sebagai intervensi
kepada masalah ini. Kaedah ini membantu pelajar membina ayat berpandukan template
yang dibina yang terdiri dari kotak kuning dan putih. Kotak kuning mewakili
subjek dan kotak putih mewakili predikat. Pada setiap kotak dicatat akronim
yang meringkaskan kaedah menulis subjek dan predikat yang betul.
OBJEKTIF:
1) Murid dapat mengingati qawalib al jumlah al
ismiyyah (Pola Ayat Subjek dan Predikat)
2) Murid dapat menulis ( المبتدأ) subjek dengan kaedah yang betul
3) Murid dapat menulis (الخبر)predikat
dengan kaedah yang betul
4) Mewujudkan suasana pembelajaran yang
lebih menyeronokkan
PENERANGAN