Edufluencer KPM 3.0

 



Bismillah. 

لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم


Jumaat 8.12.23

Hari yang mulia,  sibuk menguruskan bunga2 untuk majlis apresiasi t5,  saya tak tengok telefon.  

Hampir jam 11 pagi,  barulah tengok telefon bimbit dan baca telegram group adik beradik Akademi Youtuber. 


Rupanya keputusan Edufluencer KPM 3.0 keluar. 

Alhamdulillah,  melihat namaku, nama abah dan nama SMK Seri Bera tersenarai antara 197 nama yang lain, hanya ucapan Alhamdulillah yang terucap. 


Tiada daya dan kekuatan, hanya dengan izin Allah jua.  

Berbaur gusar juga, kerana setiap pengiktirafan hadir bersama tanggungjawab. 


Doakan saya sahabat. 

Doakan saya kenalan. 

Doakan saya rakan. 


Doakan saya mampu membawa amanah ini,  membawa pengaruh2 yang baik untuk dunia pendidikan. 


Saya mengambil wadah ini sebagai ruang saya belajar.  Rakan2 EF 1.0, 2.0 dan 3.0, ramai yang saya follow dari jauh dan melihat perkongsian mereka. Moga ruang yang ada, saya dapat belajar dari mereka untuk terus memberi manfaat. 


Terima kasih buat semua yang selalu mendoakan dan menyokong saya. 

Allah jua mampu membalasnya


Hakikatnya, kita semua adalah pempengaruh untuk setiap yang berada di sekeliling kita.  Moga kita terus memberi pengaruh yang baik. 


~~~~~~~


وعَنْ ابن مَسْعُوْدٍ رضي الله عنه قاَلَ: قاَلَ رَسُوْلُ اللَّهِ صلى الله عليه و سلم : “مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ، فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فاَعِلِهِ.” أَخْرَجَهُ مُسْلِمٌ .


Dari Ibnu Mas’ūd radhiyallāhu Ta’āla anhu, beliau berkata: Rasūlullāh shallallāhu ‘alayhi wasallam bersabda:


“Barangsiapa yang menunjukkan kepada kebaikan, maka bagi dia pahala yang orang yang mengerjakan kebajikan tersebut.”


Baarakallahu fiikum. 

حسبنا الله ونعم الوكيل

Previous Post Next Post