5.12.23
Perkongsian dari hati seorang ibu, ummi, mama, mummy, emak buat anak remajanya.
Moga anak2 tidak mensia-siakan masa remaja, malah memanfaatkanya sebaiknya.
Mengisi gelas remaja dengan segala ilmu, kemahiran, akhlak dan budi untuk dimanfaatkan kelak demi kesejahteraan keluarga, agama dan negara.
Moga gelas remaja yang terisi dengan minuman yang manis dan berkhasiat, menjadi bekal kebaikan sepanjang kehidupan.
Kerana kalianlah harapan di masa hadapan. Kami para guru hanyalah pembimbing, agar kalian bijak memilih ruang gelas remaja.
Menjelang usia 40, mungkin jiwa lebih sensitif.
Kerana pada takah ini, buku 'muda'ku tertutup. Alhamdulillah atas tiap catatan tinta nikmat dalam tempoh itu. Moga reda Allah menjadi reben membalutinya.
Dan baki usia ini, hasbunallah wanikmal wakil.
PadaNya jua dipohon petunjuk dalam setiap langkah.
Ummu Bayt annajah.
Kasihku pada kalian kerana Allah.
#myschoolmysoul