MAJLIS APRESIASI T5 SERI BERA 2023

 MAJLIS APRESIASI T5 SMK SERI BERA 2023.




Kali ni jadi AJK paling best dan pertama kalinya_ AJK bunga 😍😍.

Ala-ala konvo gitu,  dan bunganya bunga segar.  


Maka ke Cameroh Highlandlah kita memburu bunga segar. 


Terus ke kedai pemborong.  

Berbaloi tak?  

Dari segi harga,  sangat berbaloilah. 

 Memborong +-900 kuntum ros dengan mahar sekitar rm1k. 


Kalau kat Bera,  sekuntum rm5. 900x5 dah rm4500. 


Jadi kiralah sendiri. +- minyak dll,  sangat berbaloi. 

Penat dan masa,  semua tu subjektif sebab bila kita buat perkara yang kita suka,  kepenatan tu tak rasa apa. 


Bermusafir dengan 2 kekanda GPK yang akan bersara 2024 ini,  satu rahmat dapat mendengar pegalaman mereka sepanjang perkhidmatan. 


Majlis jam 3ptg. 

Dari 7.30 pagi dah beroperasi geng koperasi dan pusat sumber.  Alhamdulillah +-165  jambangan bunga berjaya disediakan

30 jualan ibu bapa,  75 order anak2 untuk ibu bapa dan guru,  60 lagi jambangan untuk guru dan kakitangan.


75+30  dr jambangan untuk jualan Koperasi Sekolah.  Alhamdulillah laris jualan,  ada 3 jambangan sahaja tinggal. 


Harga jambangan rm5 hingga rm20.  Berbaloi tak?    Pd saya berbaloi sangat untuk pembeli dan peniaga. 


Alhamdulillah. 

Tahniah n terima kasih team bunga2 cinta.  🥰🥰🥰


Tahniah team Seri Bera.  Semua seronok,  ambil bahgian masing2 menjayakan majlis dan anak2 dihargai.  Moga menambah motivasi mereka menjelang peperiksaan. 


Tak banyak gambar masa majlis.  Dah menghampiri 40 ni, macam tak berapa nak bergambar sangat.  😅

Previous Post Next Post