KEJOHANAN RENTAS DESA 2024

 Kita perlu tambah stesen air. 

Kita perlukan tambahan marshall di beberapa stesen.  


Demikian antara dapatan pentadbir usai raptai rentas desa yang diadakan pada 17.4.2024 (rabu)  


Dengan pantas,  semua pihak berusaha mengatasinya. 


Alhamdulillah pada hari kejadian (19.4.2024) 2 stesen air diadakan sepanjang 5.9 km trek yang dilalui murid. 


Marshall tambahan juga dapt disediakan dengan bantuan anak-anak alumni Seri Bera yang sedang menunggu peperiksaan SPM 2023.


Dimulakan dengan sesi pemanasan badan,  murid dilepaskan di hadapan pintu pagar sekolah.  Laluan mereka melalui Klinik Kesihatan Padang Luas, masuk ke ladang kelapa sawit dan keluar ke Taman Chengal sebelum kembali ke sekolah. 


Ada murid yang hampir pancit,  namun menolak bantuan guru untuk naik motorsikal,  dan memilih untuk terus berjalan sehingga garisan penamat. 


Tahniah!  Inilah semangat yang diharapkan.  Bukan sahaja persaingan sihat untuk menyumbang mata kepada rumah sukan,  tetapi kecekalan meneruskan perjuangan sehingga ke akhirnya. 


Tahniah anak-anak Seri Bera yang hebat. 


Terima kasih juga buat PIBG,  Polis dan Angkatan Pertahanan Awam atas khidmat bantu sepanjang kejohanan ini. 


Tahniah rumah Kuning yang mengungguli kejohanan kali ini. Untuk rumah lain, teruskan perjuangan. 


Kita jumpa di sukantara dan Kejohanan Olahraga pula!  


Kepada 4 wakil sekolah ke MSSD dalam 4 kategori yang bakal dipertandingkan nanti,  semoga berjaya mengharumkan nama Seri Bera seterusnya layak ke peringkat seterusnya.

#Seriberaterbilang
















Previous Post Next Post